Sehingga ke hari ini, para
cendekiawan,npengkaji sejarah, pakar antropologi dan ahli geneologi masih
berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil
MALAyu ini. Sejarah kewujudan bangsa MALAyu masih samar-samar dan misteri dan
setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa, negara mahupun
budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa MALAyu.
Setiap pengkaji juga
mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai
percanggahan di antara satu sama lain. Tidak ada percanggahan yang ketara di
dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa MALAyu.
Tidak seperti bangsa
Inggeris yang diketahui berasal dari 3 suku-suku purba Jerman iaitu Angles
(dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English), Saxon dan Jutes. Juga
bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum
kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung
seperti Cyrus, Xerxes dan Darius. Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui
tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di DUNIA yang sama dengan apa yang
ditemui di Kepulauan MALAyu.
Antara yang paling
terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan
gendang Dongson di Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian
tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa MALAyu
seperti etnik-etnik Tibet, kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah
tentu bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China, Indochina
(MOn, Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.
APAKAH ERTI SEMUA INI?
Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia?
Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini. Rahsia ini
adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant' bangsa misteri
ini.
Sebelum perbincangan
yang lebih mendalam eloklah diturunkan hasil kajian umum dan terkenal beberapa
pengkaji sama ada Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsa MALAyu. Walaupun
sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa MALAyu, tetapi
kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada 2 pandangan yang
dikemukakan.
Pandangan yang pertama
menyatakan bahawa bangsa MALAyu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan
yang kedua menyatakan bahawa bangsa MALAyu memang sudah sedia ada di Kepulauan
MALAyu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan,
kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.
Berasal dari Asia Tengah
R.H. Geldern ialah
seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School
for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa MALAyu.
Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak
tua (beliung batu).
Beliau menemui kapak
yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy,
Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui
juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah
kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan MALAyu ini.
J.H.C. Kern ialah
seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai
bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa
perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan
nama perahu.
Beliau mendapati
bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di
Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.
Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang,
pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern
berkesimpulan bahawa bahasa MALAyu ini berasal daripada satu induk
yang ada di Asia.
W. Marsden pula dalam
kajiannya mendapati bahawa bahasa MALAyu dan bahasa Polinesia (bahasa yang
digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan
bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa
Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa
MALAyu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa MALAyu Kontinental.
Di samping
keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa MALAyu
(terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari
India.
J.R. Foster yang
membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat
kesamaan pembentukan kata dalam bahasa MALAyu dan bahasa Polinesia.
Beliau berpendapat
bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang
dinamainya MALAyu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane
pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa MALAyu serupa dengan bahasa yang
terdapat di Kampuchea.
J.R. Logan yang
membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada
persamaan adat resam kaum MALAyu dengan adat resam suku Naga di Assam (di
daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa
yang mereka gunakan.
Beliau mengambil
kesimpulan bahawa bahasa MALAyu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan
R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa
mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang
bangsa MALAyu.
2 orang sarjana
MALAyu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di
atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan
bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya
termasuk bahasa MALAyu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang
lebih terperinci lagi.
Beliau berpendapat
bahawa perpindahan orang MALAyu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah
sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu
Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China.
Namun, beliau menolak
pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan
perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi.
Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa MALAyu Moden merupakan perkembangan
daripada bahasa MALAyu Klasik, bahasa MALAyu Klasik berasal daripada bahasa
MALAyu Kuno dan bahasa MALAyu Kuno itu asalnya daripada bahasa MALAyu Purba
merupakan anggapan yang keliru.
Kajian mendapati
bahawa bahasa MALAyu Moden berasal daripada bahasa MALAyu Klasik dan bahasa MALAyu
Klasik berasal daripada bahasa MALAyu Induk. Bahasa MALAyu Induk berasal
daripada bahasa MALAyu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa MALAyu
Kuno.
Kajian ini juga
memperlihatkan bahawa bahasa MALAyu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada
dialek Johor-Riau dan bahasa MALAyu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan
dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada MALAyu
Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada MALAyu Klasik.
Berikut ini akan
diperlihatkan cara perpindahan orang MALAyu dari Asia Tengah tersebut.
(a) Orang Negrito
Menurut pendapat Asmah
Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan MALAyu
(Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk
asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung
Tanah MALAyu ini dikenali sebagai orang Negrito.
Orang Negrito ini
diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di
dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka
diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan.
Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan
Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito,
Sakai, Semai, dan sebagainya.
(b) MALAyu-Proto
Berdasarkan pendapat
yang mengatakan bahawa orang MALAyu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan
tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian
dinamai sebagai MALAyu-Proto.
Peradaban orang
MALAyu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang MALAyu-Proto
telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat
perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman
Neolitik.
(c) MALAyu-Deutro
Perpindahan penduduk
yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada
tahun 1500 SM. Mereka dinamai MALAyu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang
lebih maju daripada MALAyu-Proto. MALAyu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.
Mereka telah
menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini
dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh
Kepulauan MALAyu ini.
Kedatangan orang
MALAyu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang
MALAyu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang
berpindah-randah. Berlainan dengan MALAyu-Proto, MALAyu-Deutro ini hidup secara
berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai
hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai
dan lembah yang subur.
Hidup mereka sebagai
petani dan berburu binatang. Orang MALAyu-Deutro ini telah pandai
bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai
ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika
itu ialah animisme.
Berasal dari Nusantara
Seorang sarjana
Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada
di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa
asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau
Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa MALAyu).
Bahasa Jawa dan bahasa MALAyulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang
terdapat di Nusantara ini.
J. Crawfurd menambah
hujahnya dengan bukti bahawa bangsa MALAyu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf
kebudayaan yang tinggi dalam abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah
mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu
kesimpulan bahawa:
(a) Orang MALAyu itu
tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke
tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah
bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.
K. Himly, yang
mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa
dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa
bahasa MALAyu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa.
Pendapat ini disokong
oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan
perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa
MALAyu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan
sahaja.
Sutan Takdir
Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia
(Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara,
iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina
Selatan sebagai bangsa MALAyu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu.
Mereka bukan sahaja
mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang
berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah
barat.
Gorys Keraf di dalam
bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori
Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa
MALAyu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu
seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848),
J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964),
dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahwa " . . . negeri asal (tanahair,
homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan
Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang
dulunya merupakan kesatuan geografis".
Pendapat lain yang
tidak mengakui bahawa orang MALAyu ini berasal dari daratan Asia mengatakan
bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar
dua juta sehingga 500 ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan
mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah.
Dataran tinggi menjadi pulau.
Ada pulau yang besar
dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang
lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada
masa inilah Semenanjung Tanah MALAyu berpisah dengan yang lain sehingga
kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan
pulau lain di Indonesia.
Pintu Rahsia
Proto homonoid yang
dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang
lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru
bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens)
muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.
Pada masa pramanusia
dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah
ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo
wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia 1
juta tahun.
Pada masa ini wilayah
tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito
di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi,
dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.
Masing-masing bangsa
ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara
yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula
yang ke sebelah timur.
Yang berpindah ke arah
timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang
berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan
Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai,
Palaung, dan Wa.
Hukum Bunyi yang
diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang
menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa
"Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh
dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali,
baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, 5, talinga, dan sebagainya,
mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya.
Perbezaan yang besar
seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman,
antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi
Kata Dasar (terutama bahasa MALAyu) tidak berubah dalam morfologi" juga
menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza
dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.
Pendapat-pendapat dari
Barat kebanyakan boleh disimpulkan seperti ini:
-Bangsa MALAyu berasal
dari bangsa lain seperti China, India atau suku kaum di benua Afrika
-Bangsa MALAyu adalah
lahir dari transformasi bangsa-bangsa besar seperti China, India atau Arab.
Tetapi kajian mereka
dipertikaikan oleh beberapa pengkaji Barat J. Crawfurd, Gorys Keraf dan
lain-lain bersama-sama para pengkaji tempatan termasuk para pengkaji di
Universiti Sains Malaysia. Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh
diperdebatkan.
Budaya kapak tua yang
diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan
Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama
ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.
Lagi pula, secara
kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara.
Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari
Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.
Kajian Kern
berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahwa persamaan perkataan
tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan
perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah.
Ini menunjukkan bahawa
penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat
mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur
hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
Secara khusus,
penyebaran bahasa MALAyu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera,
di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah MALAyu; di Pulau Jawa terdapat
dialek Jakarta (MALAyu-Betawi), bahasa MALAyu Kampung di Bali, bahasa MALAyu di
Kalimantan Barat, bahasa MALAyu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah,
Sarawak, dan bahasa MALAyu di Pulau Seram.
Pendapat Marsden
bahawa bahasa MALAyu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan
rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa
Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan 2 bahasa
tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.
Penyebaran bahasa
Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik),
pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia
tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.
Kesamaan pembentukan
kata di antara bahasa MALAyu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R.
Foster dan kesamaan struktur bahasa MALAyu dengan struktur bahasa Kampuchea
juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur
berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah.
Jika kita lihat rajah
kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal
dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu,
dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida,
iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain.
Kedua-dua keluarga
bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia,
iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan 4 kelompok besar, iaitu Nusantara,
Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.
Jika ditinjau dari
sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini
memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di
antara lain ialah:
1. Pithecanthropus
Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus
Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak
(Jawa), kira-kira 210,000 tahun.
Jika 3 fosil tersebut
dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China)
yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih
selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa.
Hal ini diperkuat lagi
dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai
Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh
kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa
MALAyu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan MALAyu yang menggunakan bahasa
keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang
belum terjawab, iaitu jika betul bangsa MALAyu ini sememangnya berasal dari
Alam MALAyu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka?
Pendapat orang Minangkabau
di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi
Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa
berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih
boleh dipertikaikan.
RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH
Yang agak
berkemungkinan disusurgalur ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada 3 anaknya,
iaitu Ham, Yafit (Japheth), dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika
yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke
Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di
Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat.
Putera
kepada Sam ialah Nabi Allah Hud Alayhis Sallam yang tinggal di negeri Ahqaf
yang terletak di antara Yaman dan Oman. Untuk menyiasat dan menjejaki dari mana
asal-usulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya Banjir
Besar, beribu-ribu (atau mungkin sampai jutaan tahun?) sebelum kelahiran Sargon
dari Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti China
seawal Dinasti Xia dan kelahiran Tamadun Indus.