Saturday 26 November 2011

Fakta penting tentang bangsa MALAyu Yang telah Dilupakan



(REMEMBER) God Almighty says in the Holy Quran: For every news there is a fact, i.e. for everything there is an appointed term (TIME) and you will come to know. (Firman Allah Taala: Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. (Surah 6 ‘Al-An’am: verse 67)


Fakta penting tentang bangsa MALA'yu 
Yang telah Dilupakan



* Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia MALAyu-Polinesia yang luas.

* 9 tahun selepasnya (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama.

* Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”.

* Berikutan ialah peranan Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa MALAyu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”.

Di samping itu di Indonesia ialah peranan Muhammad Yamin, berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera Barat.

Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah batang leher kepulauan Indonesia daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari Indonesia dalam perhubungan internasional”.

KeAGAMAan

Pada peringkat akhir syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: DUNIA MALAyu ini penuh keragaman dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”.

Dalam kertas kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli MALAyu dihantar ke Eropah kebanyakannya untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda.

Lanjutan kisah ialah karya berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T. Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat MALAyu di seluruh Asia Tenggara.

Beliau menyebut antara lain mengenai kerajaan MALAyu Melaka pada abad ke-15 memeluk agama Islam. Ketika itu Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan Jawi menjadi bahan utama penulisan MALAyu.

Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana untuk mengubah segalanya. Namun, pada tahun 1522 kamus MALAyu terbit hasil usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. Antara contoh kata-kata:

MALAyu 1522, Apenomaito?, Tida tahoSudah Macan,

MALAyu 1996, Apa nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?,

MALAyu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia malu, Sita pa tau dor,

MALAyu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu, Setapak tak undur.

Juga catat ialah surat tulisan JAWI dari Sultan Brunei pada tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat tersebut masih disimpan di Sepanyol.

Mendapat perhatian ialah peranan seorang Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau mempelajari bahasa MALAyu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam bahasa MALAyu.

Pada tahun 1632, bahasa MALAyu digunakan dalam mahkamah-mahkamah pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa MALAyu tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan baik di negeri Belanda.

Bahasa MALAyu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa pemerintahan Belanda. (BUKAN BAHASA JAWA DAN BUKAN JUGA BAHASA INDONESIA)

Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa MALAyu terbit di Surabaya untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar JAWI dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan MALAyu (Malay Archipelago).

Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan bala tentera British di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English susunan Wilkinson, tulisan Rumi.

Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah 1,300 tahun bahasa MALAyu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit, Portugis dan Belanda.

Remember: "Don't let yourself left behind by the Train"