(REMEMBER) God Almighty says in the Holy Quran: For
every news there is a fact, i.e. for everything there is an appointed term
(TIME) and you will come to know. (INGATLAH) Firman Allah Taala: Tiap-tiap
khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau
dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. (Surah 6 ‘Al-An’am: verse 67)
Firman Allah Taala: 'Katakanlah: Sesungguhnya
solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang
demikian sahaja aku diperintahkan dan aku adalah orang Islam yang awal (yang
berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)'. (QS6 Al An’aam:162-163)
humanRightCommunitySharing
humanRightCommunitySharing
MALAYu Far East http://malay1wc.blogspot.com/
MALAYu Far East http://malay1wc.blogspot.com/
Selamat membaca . . .
Jejak Susor Galor
MALAyu: http://susorgalor.blogspot.com/2011/04/ralph-olsen-teori-melayu-menjejak-susur.html#more
The Lost Fragrance in
The Promised Land
"But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife (Keturah)..." (Genesis 25:6 New International Version)
Sehingga ke hari ini, para
cendekiawan,npengkaji sejarah, pakar antropologi dan ahli geneologi masih
berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil
MALAyu ini. Sejarah kewujudan bangsa MALAyu masih samar-samar dan misteri dan
setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa, negara mahupun
budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa MALAyu.
Setiap pengkaji juga
mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai
percanggahan di antara satu sama lain. Tidak ada percanggahan yang ketara di
dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa MALAyu.
Tidak seperti bangsa
Inggeris yang diketahui berasal dari 3 suku-suku purba Jerman iaitu Angles
(dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English), Saxon dan Jutes. Juga
bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum
kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung
seperti Cyrus, Xerxes dan Darius. Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui
tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di DUNIA yang sama dengan apa yang
ditemui di Kepulauan MALAyu.
Antara yang paling
terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan
gendang Dongson di Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian
tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa MALAyu
seperti etnik-etnik Tibet, kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah
tentu bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China, Indochina
(MOn, Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.
APAKAH ERTI SEMUA INI?
Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia?
Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini. Rahsia ini
adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant' bangsa misteri
ini.
Sebelum perbincangan
yang lebih mendalam eloklah diturunkan hasil kajian umum dan terkenal beberapa
pengkaji sama ada Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsa MALAyu. Walaupun
sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa MALAyu, tetapi
kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada 2 pandangan yang
dikemukakan.
Pandangan yang pertama
menyatakan bahawa bangsa MALAyu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan
yang kedua menyatakan bahawa bangsa MALAyu memang sudah sedia ada di Kepulauan
MALAyu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan,
kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.
Berasal dari Asia Tengah
R.H. Geldern ialah
seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School
for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa MALAyu.
Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak
tua (beliung batu).
Beliau menemui kapak
yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy,
Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui
juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah
kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan MALAyu ini.
J.H.C. Kern ialah
seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai
bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa
perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan
nama perahu.
Beliau mendapati
bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di
Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.
Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang,
pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern
berkesimpulan bahawa bahasa MALAyu ini berasal daripada satu induk
yang ada di Asia.
W. Marsden pula dalam
kajiannya mendapati bahawa bahasa MALAyu dan bahasa Polinesia (bahasa yang
digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan
bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa
Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa
MALAyu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa MALAyu Kontinental.
Di samping
keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa MALAyu
(terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari
India.
J.R. Foster yang
membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat
kesamaan pembentukan kata dalam bahasa MALAyu dan bahasa Polinesia.
Beliau berpendapat
bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang
dinamainya MALAyu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane
pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa MALAyu serupa dengan bahasa yang
terdapat di Kampuchea.
J.R. Logan yang
membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada
persamaan adat resam kaum MALAyu dengan adat resam suku Naga di Assam (di
daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa
yang mereka gunakan.
Beliau mengambil
kesimpulan bahawa bahasa MALAyu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan
R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa
mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang
bangsa MALAyu.
2 orang sarjana
MALAyu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di
atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan
bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya
termasuk bahasa MALAyu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang
lebih terperinci lagi.
Beliau berpendapat
bahawa perpindahan orang MALAyu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah
sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu
Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China.
Namun, beliau menolak
pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan
perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi.
Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa MALAyu Moden merupakan perkembangan
daripada bahasa MALAyu Klasik, bahasa MALAyu Klasik berasal daripada bahasa
MALAyu Kuno dan bahasa MALAyu Kuno itu asalnya daripada bahasa MALAyu Purba
merupakan anggapan yang keliru.
Kajian mendapati
bahawa bahasa MALAyu Moden berasal daripada bahasa MALAyu Klasik dan bahasa MALAyu
Klasik berasal daripada bahasa MALAyu Induk. Bahasa MALAyu Induk berasal
daripada bahasa MALAyu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa MALAyu
Kuno.
Kajian ini juga
memperlihatkan bahawa bahasa MALAyu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada
dialek Johor-Riau dan bahasa MALAyu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan
dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada MALAyu
Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada MALAyu Klasik.
Berikut ini akan
diperlihatkan cara perpindahan orang MALAyu dari Asia Tengah tersebut.
(a) Orang Negrito
Menurut pendapat Asmah
Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan MALAyu
(Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk
asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung
Tanah MALAyu ini dikenali sebagai orang Negrito.
Orang Negrito ini
diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di
dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka
diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan.
Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan
Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito,
Sakai, Semai, dan sebagainya.
(b) MALAyu-Proto
Berdasarkan pendapat
yang mengatakan bahawa orang MALAyu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan
tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian
dinamai sebagai MALAyu-Proto.
Peradaban orang
MALAyu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang MALAyu-Proto
telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat
perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman
Neolitik.
(c) MALAyu-Deutro
Perpindahan penduduk
yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada
tahun 1500 SM. Mereka dinamai MALAyu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang
lebih maju daripada MALAyu-Proto. MALAyu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.
Mereka telah
menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini
dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh
Kepulauan MALAyu ini.
Kedatangan orang
MALAyu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang
MALAyu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang
berpindah-randah. Berlainan dengan MALAyu-Proto, MALAyu-Deutro ini hidup secara
berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai
hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai
dan lembah yang subur.
Hidup mereka sebagai
petani dan berburu binatang. Orang MALAyu-Deutro ini telah pandai
bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai
ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika
itu ialah animisme.
Berasal dari Nusantara
Seorang sarjana
Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada
di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa
asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau
Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa MALAyu).
Bahasa Jawa dan bahasa MALAyulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang
terdapat di Nusantara ini.
J. Crawfurd menambah
hujahnya dengan bukti bahawa bangsa MALAyu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf
kebudayaan yang tinggi dalam abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah
mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu
kesimpulan bahawa:
(a) Orang MALAyu itu
tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke
tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah
bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.
K. Himly, yang
mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa
dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa
bahasa MALAyu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa.
Pendapat ini disokong
oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan
perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa
MALAyu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan
sahaja.
Sutan Takdir
Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia
(Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara,
iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina
Selatan sebagai bangsa MALAyu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu.
Mereka bukan sahaja
mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang
berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah
barat.
Gorys Keraf di dalam
bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori
Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa
MALAyu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu
seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848),
J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964),
dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahwa " . . . negeri asal (tanahair,
homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan
Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang
dulunya merupakan kesatuan geografis".
Pendapat lain yang
tidak mengakui bahawa orang MALAyu ini berasal dari daratan Asia mengatakan
bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar
dua juta sehingga 500 ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan
mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah.
Dataran tinggi menjadi pulau.
Ada pulau yang besar
dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang
lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada
masa inilah Semenanjung Tanah MALAyu berpisah dengan yang lain sehingga
kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan
pulau lain di Indonesia.
Pintu Rahsia
Proto homonoid yang
dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang
lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru
bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens)
muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.
Pada masa pramanusia
dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah
ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo
wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia 1
juta tahun.
Pada masa ini wilayah
tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito
di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi,
dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.
Masing-masing bangsa
ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara
yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula
yang ke sebelah timur.
Yang berpindah ke arah
timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang
berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan
Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai,
Palaung, dan Wa.
Hukum Bunyi yang
diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang
menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa
"Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh
dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali,
baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, 5, talinga, dan sebagainya,
mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya.
Perbezaan yang besar
seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman,
antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi
Kata Dasar (terutama bahasa MALAyu) tidak berubah dalam morfologi" juga
menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza
dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.
Pendapat-pendapat dari
Barat kebanyakan boleh disimpulkan seperti ini:
-Bangsa MALAyu berasal
dari bangsa lain seperti China, India atau suku kaum di benua Afrika
-Bangsa MALAyu adalah
lahir dari transformasi bangsa-bangsa besar seperti China, India atau Arab.
Tetapi kajian mereka
dipertikaikan oleh beberapa pengkaji Barat J. Crawfurd, Gorys Keraf dan
lain-lain bersama-sama para pengkaji tempatan termasuk para pengkaji di
Universiti Sains Malaysia. Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh
diperdebatkan.
Budaya kapak tua yang
diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan
Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama
ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.
Lagi pula, secara
kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara.
Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari
Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.
Kajian Kern
berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahwa persamaan perkataan
tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan
perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah.
Ini menunjukkan bahawa
penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat
mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur
hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
Secara khusus,
penyebaran bahasa MALAyu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera,
di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah MALAyu; di Pulau Jawa terdapat
dialek Jakarta (MALAyu-Betawi), bahasa MALAyu Kampung di Bali, bahasa MALAyu di
Kalimantan Barat, bahasa MALAyu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah,
Sarawak, dan bahasa MALAyu di Pulau Seram.
Pendapat Marsden
bahawa bahasa MALAyu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan
rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa
Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan 2 bahasa
tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.
Penyebaran bahasa
Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik),
pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia
tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.
Kesamaan pembentukan
kata di antara bahasa MALAyu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R.
Foster dan kesamaan struktur bahasa MALAyu dengan struktur bahasa Kampuchea
juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur
berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah.
Jika kita lihat rajah
kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal
dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu,
dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida,
iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain.
Kedua-dua keluarga
bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia,
iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan 4 kelompok besar, iaitu Nusantara,
Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.
Jika ditinjau dari
sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini
memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di
antara lain ialah:
1. Pithecanthropus
Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus
Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak
(Jawa), kira-kira 210,000 tahun.
Jika 3 fosil tersebut
dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China)
yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih
selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa.
Hal ini diperkuat lagi
dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai
Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh
kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa
MALAyu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan MALAyu yang menggunakan bahasa
keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang
belum terjawab, iaitu jika betul bangsa MALAyu ini sememangnya berasal dari
Alam MALAyu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka?
Pendapat orang Minangkabau
di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi
Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa
berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih
boleh dipertikaikan.
RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH
Yang agak
berkemungkinan disusurgalur ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada 3 anaknya,
iaitu Ham, Yafit (Japheth), dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika
yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke
Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di
Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat.
Putera
kepada Sam ialah Nabi Allah Hud Alayhis Sallam yang tinggal di negeri Ahqaf
yang terletak di antara Yaman dan Oman. Untuk menyiasat dan menjejaki dari mana
asal-usulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya Banjir
Besar, beribu-ribu (atau mungkin sampai jutaan tahun?) sebelum kelahiran Sargon
dari Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti China
seawal Dinasti Xia dan kelahiran Tamadun Indus.
Selepas Banjir Besar
surut, maka Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam pun keluar bersama-sama para
pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah yang disepakati di dalam
manuskrip-manuskrip kuno). Tempat di mana mendaratnya bahtera Nabi Allah Nuh
Alayhis Sallam (Noah's Ark) tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi pendapat
yang popular ialah di Buki Judi di Pergunungan Ararat di Turki.
Setelah keluar dari
bahtera maka bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam ke
seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu HAM, Sam dan Yafid (Japheth). HAM telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika, manakala Yafid bergerak arah
barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan Mediteranean,
Kaukasus, Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti Denmark,
Norway dan lainnya. Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia Barat.
Sebahagian anak
keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi perbatasan China di mana
terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam
yang bergerak ke kawasan sebelah Timur.
INI ADALAH LAPISAN
PERTAMA pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.
Nabi Allah Nuh Alayhis
Sallam dan kaum kerabatnya yang lain masih menetap di Asia Barat. Dari kerabat
Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam ini maka lahirlah bangsa-bangsa purba Mesopotamia
seperti Akkadia, Assyria dan bangsa-bangsa purba Babilon (termasuk Sumer dan
Samiyah). Bangsa-bangsa ini membentuk peradaban Mesopotamia telah diperakui
merupakan tamadun tertua di dunia dan digelar pusat ketamadunan dunia (adalah
tamadun yang dikenalpasti mula-mula mencipta roda).
Bangsa-bangsa yang
membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang bijak dan terdiri dari keturunan
yang terlatih, mahir dan genius. Ini tidak menghairankan memandangkan mereka
berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam adalah
seorang yang pintar dan seorang 'patriarch' yang disegani.
Manakala
pengikut-pengikut Nabi Allah Nuh Alaihis Sallam yang telah sampai di sebelah
India, China dan Timur Jauh tetap meneruskan hidup mereka namun agak
terbelakang dari segi pencapaian bangsa-bangsa yang tinggal di pusat tamadun
Mesopotamia.
Ini memandangkan para
pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam adalah terdiri dari orang-orang yang
miskin dan melarat dimana sebelum Banjir Besar mereka bolehlah dikatakan
tinggal dikawasan perkampungan (atau perumahan kos rendah pada istilah kini)
ataupun menetap di setinggan-setinggan.
Tahap pendidikan
mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka mendidik keturunan mereka secara
intensif tidak seperti keturunan Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam yang berasal dari
golongan berpendidikan dan bijakpandai memandangkan Nabi Allah Nuh Alayhis
Sallam sendiri selain seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang
zoologi dan kejuruteraan perkapalan.
Beliau juga seorang
ahli marin dan pelayaran yang berkemahiran. Sesungguhnya Allah
Subhanahuwa-Taala, mengangkat para utusan-Nya dari kalangan yang terbaik dan
dari keturunan yang terpelihara. Di sini kita boleh menimbangkan 2 petunjuk
misteri ini,
*Adakah bangsa MALAyu
berasal dari kaum kerabat Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam?
*Atau berasal dari
salah seorang pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam?
'Petunjuk Dari Banjir
Besar' ini juga dapat menjawab mengapa di Tanah MALAyu telah terdapat kaum-kaum
lain yang fizikal dan rupaparas mereka amat berlainan dari bangsa MALAyu.
Mengapa terdapat kaum di sebelah kepulauan Pasifik yang mengaku mereka berasal dari
bangsa MALAyu yang belayar dari sebelah Afrika (rujuk kaum Maori dan kaum-kaum
kuno di kepulauan Hawai).
Juga misteri Pulau
Easter dimana patung-patungnya menyerupai batu-batu nisan Toroja dan tugu-tugu
suku Batak. Sampai kini bangsa yang pernah mendiami pulau misteri tersebut
masih samar-samar. Namun selepas ekspedisi yang digelar Kon-Tiki dalam tahun
1950'an yang mungkin merupakan ekspedisi paling penting selepas ekspedisi
Galapagos, sebahagian misteri Pulau Easter telah terungkap.
Kemajuan dari ekspedisi
ini adalah kajian rapi mereka dari segi arkeologi, linguistik dan etnografi.
Yang paling menarik adalah keputusan DNA dari tulang temulang yang dijumpai di
sana menjelaskan bahawa kaum yang membina tugu-tugu misteri itu bukanlah
berasal dari Indian Amerika tetapi Polinesia yang menerangkan mengapa penduduk
setempat memanggil pulau itu sebagai Rapa Nui yang mana bunyi linguistiknya
mendekati ala Tahitian dan orang Tahiti mendekati asalnya dari kumpulan
Molukas-Samoa (keduanya dari kumpulan etnik yang sama).
Merekalah yang belayar
ke Kepulauan Marquesas kemudian ke Hawaii selepas itu ke New Zealand dan
akhirnya ke Tahiti. Dan pelayaran ini berkemungkinan hanya menggunakan kayak
purba dan ia digelar sebagai Catamaran/Trimarant yang dikenali sebagai kapal
kecil yang stabil yang mampu mengharungi gelombang lautan. Dan yang menariknya
kaum-kaum kuno di Indonesia telah lama diketahui menggunakan Trimarant yang
mudah ditolak ketika pendaratan pantai. Sebab itu karakter tugu misteri di
Pulau Easter menyamai tugu kaum Toroja dan Batak.
Betapa misterinya
apabila ramai pengkaji tidak sependapat untuk menerangkan kehadiran kaum asli
seperti Orang Asli, Jakun, Senoi dan sekumpulan dengan mereka di Tanah MALAyu
dan pada masa yang sama terdapat pula satu bangsa yang berbeza yang berkulit
cerah sedikit atau sawo matang, berpakaian kemas, lebih terurus kehidupannya,
berorganisasi malah berkerajaan sendiri dan pernah membina empayar-empayar
hebat, tidaklah bercawat, dan masih mengamalkan kehidupan primitif seperti
berburu binatang dan bercucuk tanam iaitu mengamalkan ekonomi sara diri.
Ini tidak sepening kes
antropologi lain seperti kehadiran bangsa kulit putih di Australia dan Benua
Amerika. Kes unik antara bangsa MALAyu dan Orang Asli adalah masalah
beribu-ribu tahun dahulu tidak seperti kes Red Indian dan Koloni Eropah.
Ini menunjukkan
sebelum konotasi 'Dunia Baru' yang popular digunakan dikalangan pengembara
Eropah seperti Amerigo Vespucci, Magellan dan Columbus merujuk kepada Tanah
Amerika, bangsa MALAyu telah lama menemui 'DUNIA Baru' mereka beribu tahun yang
lampau lama sebelum kelahiran Raja Manuel Sepanyol mahupun Christopher
Columbus.
Kunci kepada rahsia
ini adalah terletak kepada pergerakan keturunan HAM, iaitu salah seorang anak
Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam yang menurunkan bangsa-bangsa berkulit gelap
seperti di sebelah Afrika dan pergerakan bangsa Mala dari keturunan Keturah
mengikut jalan laut.
Kunci ini akan membuka
satu persoalan yang sekian lama menghantui para ahli antropologi mengapa
kaum-kaum Polinesia seperti Orang Asli, Maori, Aborigin dan suku-suku Hawaii
umumnya berambut keriting, berkulit gelap serta memiliki raut wajah dan postur
seperti kaum-kaum di Afrika dan berlainan dari etnik-etnik MALAyu seperti Jawa,
Banjar, Bugis, Kedah, Pahang dan sebagainya.
Kaum asli Polinesia
ini adalah HYBRID KEPADA KETURUNAN HAM DAN BANGSA MALA-KETURAH. Pergerakan
pertama dipercayai adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh
Alayhis Sallam. Merekalah yang sampai dahulu di Kepulauan Pasifik dan
pulau-pulau Polinesia termasuk Australia membentuk kaum Aborigin.
Kemudian tibalah pula
keturunan Keturah setelah memakan beberapa generasi. Keturunan Keturah ini
adalah kumpulan kedua iaitu yang mengikut jalan laut dari sebelah barat (dari
arah Afrika) di mana kumpulan pertama bangsa Mala melakukan perjalanan darat
menuju ke hujung DUNIA 'Semenanjung Emas'.
Ini menerangkan
mengapa kaum asli di salah satu kepulauan Jepun, kaum asli purba di Taiwan dan
etnik-etnik Polinesia di Pasifik seperti di Hawaii, Papua dan sebagainya memiliki
beberapa perkataan mirip bahasa MALAyu berserta maksud yang sama seperti 'batu'
dan 'mata'.
Kaum asli ini yang
berasal dari keturunan HAM anak Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam yang menurunkan
bangsa Afrika mengalami pertentangan untuk bertahan dengan kedatangan bangsa
Mala keturunan Siti Keturah dan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam yang lebih
maju dan berfizikal lebih besar dari mereka.
Akibatnya mereka yang
tidak dapat berasimilasi terpaksa berpindah ke kawasan lebih pedalaman.
Terdapat juga interaksi sosial di antara kedua-dua kaum ini seperti perdagangan
malah ada yang berkahwin sesama mereka.
Kunci Rahsia Pada
Pemberian Rahsia
1:1 Adam, Sheth,
Enosh,
1:2 Kenan, Mahalaleel,
Jered,
1:3 Henoch,
Methuselah, Lamech,
1:4 Noah, Shem, Ham,
and Japheth.
1:5 The sons of
Japheth; Gomer, and Magog, and Madai, and Javan, and Tubal, and Meshech, and
Tiras.
1:27 Abram; the same
is Abraham.
1:28 The sons of
Abraham; Isaac, and Ishmael.
1:29 These are their
generations: The firstborn of Ishmael, Nebaioth; then Kedar, and Adbeel, and
Mibsam,
1:30 Mishma, and
Dumah, Massa, Hadad, and Tema,
1:31 Jetur, Naphish,
and Kedemah. These are the sons of Ishmael.
1:32 Now the sons of
Keturah, Abraham's wife: she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian,
and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan.
1:33 And the sons of
Midian; Ephah, and Epher, and Henoch, and Abida, and Eldaah. All these are the
sons of Keturah.
1:34 And Abraham begat
Isaac. The sons of Isaac; Esau and Israel.
1:35 The sons of Esau;
Eliphaz, Reuel, and Jeush, and Jaalam, and Korah.
1:36 The sons of
Eliphaz; Teman, and Omar, Zephi, and Gatam, Kenaz, and Timna, and Amalek.
1:37 The sons of
Reuel; Nahath, Zerah, Shammah, and Mizzah.
(1 Chronicles 1 New
International Version)
Petikan di atas adalah
dari Kitab Riwayat dari Injil berkenaan jurai keturunan tertentu bermula dari
Nabi Allah Adam Alayhis Sallam hingga kepada anak keturunannya yang membentuk
bangsa-bangsa di dunia. Nama-nama di sini ada di antaranya mewakili kaum tertentu
dan ada yang merupakan gelaran.
Sebagai contoh Tubal
adalah sebuah kawasan di sebelah Rusia di mana menunjukkan Japheth (Yafid)
adalah anak Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam yang menurunkan bangsa
Kaukasian-Eropah. Median merujuk kepada Madyan di mana bangsa inilah yang
disebut dalam kisah 'Nabi Syuaib dan Kaum Madyan'.
Bangsa
ini disepakati oleh para pengkaji bahawa perintis kepada Empayar Iran pertama
sebelum penyatuan Medes dan Parsi oleh Cyrus The Great, juga pernah berurusan
dengan bangsa Parsi sama ada dalam perdagangan ataupun peperangan. Israel pula
adalah gelaran kepada Nabi Allah Yaakub Alayhis Sallam (Jaacob).
INGATLAH Firman Allah Taala: "Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub." (QS. Hud: 71)
Perhatikan ada di antara nama-nama disini bukanlah nama sebenar orang terbabit tetapi ada yang GELARAN dan ada namanya juga menjadi nisbat kepada bangsanya.
INGATLAH Firman Allah Taala: "Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah." (QS. Hud: 75)
Di penghujung
kehidupan Nabi Allah Ibrahim Khalilullah Alayhis Sallam, baginda telah
mengahwini seorang wanita dari bangsa misteri yang dinamakan Keturah. Keturah
bermaksud kemenyan atau wangi-wangian yang digunakan dalam upacara ritual.
Dengan kehadiran Keturah, keluarga Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam semakin
besar.
Apatah
lagi Keturah telah menghadiahkan 6 orang anak kepada Nabi Ibrahim. Dari
anak-anaknya inilah akan menurunkan pelbagai bangsa yang meyebabkan baginda
digelar 'Bapa Bangsa-bangsa'. Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam amat bersyukur
kepada Allah Subhanahuwa-Taala kerana memberikan anugerah yang berlimpah-limpah
selepas kehamilan Sarah isteri pertamanya yang sekian lama tidak melahirkan
anak dan nyaris dianggap mandul.
INGATLAH Firman Allah Taala: Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! "Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sangat tua pula?" (QS. Hud: 72)
Ketenangan lebih
terasa di wajah Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam setelah Siti Sarah tidak lagi
menunjukkan perasaan cemburu kepada Siti Hajar dan anaknya Ismail. Hanya
kebahagianlah yang dirindui oleh Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam ketika
usianya sudah tua dan menunggu panggilan Ilahi.
Namun perintah Tuhan
Yang Esa menghendakinya sebagai Nabi dan orang mulia dikalangan manusia,
melakukan tugas penting seterusnya. Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam adalah
antara Rasul-rasul yang banyak menerima cabaran dan tanggungjawab dan nama
baginda termasuk dalam gelaran Rasul Ulul Azmi.
Banyak
cabaran dan misi sebelum ini dilalui baginda dengan tabah dan bijaksana seperti
perjalanan merentasi Empayar Firaun Kuno (Allah Subhanahuwa-Taala menakdirkan
baginda bertemu isteri keduanya iaitu Siti Hajar dalam misi ini), perdebatan
dengan raja Namrud (Nimrod), peristiwa dibakar api besar, pertelingkahan dengan
Siti Sarah, perpindahan Siti Hajar dan Nabi Ismail serta perintah pengorbanan
anaknya Ismail.
INGATLAH Firman Allah Taala: "Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya Dia di akhirat benar-benar termasuk orang yang soleh." (QS. al-Baqarah: 130)
Semua misi dan perintah itu dilaluinya walaupun
adakalanya begitu payah dan menduga imannya terutamanya peristiwa perpindahan
Siti Hajar dan Ismail ke lembah Mekah serta peristiwa korban.
INGATLAH Firman Allah Taala: " Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar" (QS. ash-Shaffat: 102)
Dan Tuhan pun mewahyukan kepadanya untuk
melaksanakan satu misi penting sebelum menutup mata di DUNIA fana ini. Satu misi
TERAHSIA yang hanya terungkap dalam manuskrip kuno yang dicari-cari, yang
tersembunyi.
"Abraham took another wife, whose name was Keturah. She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah. Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites. The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah."
Nabi Allah Ibrahim
Alayhis Sallam pun memanggil anak-anaknya dari Keturah. Zimran, Jukshan,
Madyan, Ishbak, Medan dan Shuah pun mengelilingi ayahanda mereka yang sudah
tua. Ketika itu mereka semuanya sudah melewati usia remaja dan tumbuh sebagai
anak-anak yang kuat dan cerdas menuruti kehebatan bapa mereka serta sifat
tenang Siti Keturah wanita misteri dari Timur. Nabi Allah Ibrahim Alayhis
Sallam berpesan sesuatu kepada mereka.
Suatu pesan yang
teramat penting. Nabi Ibrahim tahu yang dia tidak akan hidup lama lagi di DUNIA ini. Baginda akan menemui Tuhan Yang Esa yang menciptakan dirinya. Kelihatan
satu persatu air mata mengalir ke pipi pada wajah anak-anaknya. Episod pilu
berulang kembali. Tiba-tiba baginda terkenangkan peristiwa ketika baginda menghantar
Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang yang terasing.
Saat Nabi Allah
Ibrahim Alayhis Sallam, Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti
di bawah sebatang pohon yang kering. Berkali-kali Nabi Ibrahim menyeka peluh
yang bercucuran diwajahnya. Ia terus saja menunggang unta bersama isteri
keduanya Hajar. Saat itu terik matahari sangat menyengat dan mereka berada
ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang. Sepanjang perjalanan itu,
tiada sepatah katapun yang keluar dari mulut Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam.
Dikuatkan hatinya
untuk tawakal. Dia yakin, Allah Subhanahuwa-Taala tiada akan menganiaya
hamba-hamba Nya, Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam diperintahkan untuk
meninggalkan isteri dan anaknya ditengan padang pasir.
Tidak berapa lama
kemudian Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam meninggalkan mereka.
Siti Hajar
memperhatikan sikap suaminya yang mengherankan itu lalu bertanya;
" Hendak
kemanakah engkau Ibrahim ???"
"Sampai hatikah
engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?” Pertanyaan
itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah katapun.
Siti Hajar bertanya
lagi; "Apakah ini memang perintah dari Allah Subhanahuwa-Taala ?"
Barulah Nabi Ibrahim
menjawab, "ya".
Mendengar jawaban
suaminya yang singkat itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya
hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan
tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Allah Ismail Alayhis
Salam masih menyusu.
Dlm hatinya sempat
bertanya Kenapa Allah memerintahkan hal itu, bukankah padang pasir itu kering
ditambah lagi, saat ditinggalkan Ismail masih bayi dan air susu Hajar belum
keluar. Tapi Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam adalah hamba yang taat kepada
Allah dan ia kekasih Allah, kholilullah. Akhirnya Nabi Allah Ibrahim Alayhis
Sallam yakin bahwa perintah itu pasti ada hikmahnya.
Setelah 6 bulan
perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Kemudian Nabi Allah Ibrahim Alayhis
Sallam memilih sebuah lembah ditengah padang pasir. Nabi Allah Ibrahim Alayhis
Sallam turun dari untanya dan mengikat tali unta disebatang pohon kurma.
Siang itu matahari
begitu panasnya membakar gurun pasir yang putih mengkilat. Dahaga yg melilit
tenggorokannya tak ia hiraukan . . . dalam benaknya hanya berpikir bagaimana
caranya memberitahukan kepada isterinya tentang perintah Allah.
Setelah Siti Hajar
diturunkan, Ibrahim bersiap siap pergi, melihat itu diapun bertanya"
Suamiku, mengapa aku akan ditinggalkan sendirian bersama anakmu disini? apa
dosaku hingga kau meninggalkanku seperti ini. Maafkanlah aku . . . aku tak
sanggup ditinggalkan ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang
ini".
"Tidak istriku,
bukan karena dosamu, "jawab Ibrahim”
"Jika bukan
karena dosaku, bagaimana dengan anak ini? anak ini tidak tahu apa-apa, tegakah
kau tinggalkannya?" balas Siti Hajar
Hati
Ibrahim tersayat mendengar ucapan istrinya." Bukan itu maksudku. Tapi apa
dayaku ketahuilah ini semua perintah Allah. "jawab Nabi Ibrahim. Mendengar
itu Siti Hajar terdiam. Terbayang penderitaan yang akan dihadapinya namun
hatinya bertanya-tanya apa Hikmah dibalik semua ini . .? " jika benar ini
adalah perintah Allah tinggalkanlah kami disini. Aku ikhlas . . segalanya kami
pasrahkan kepada Allah. Dia pasti membela kami . . satu pintaku sebelum engkau
pergi do'akanlah agar Allah menolong kami." pinta Siti Hajar Ibrahim jadi
terharu. Isterinya Hajar memang wanita pilihan lantas Ibrahim berdo'a
sebagaimana ditulis dalam AlQur'an, surah Ibrahim (14) Ayat 37;
"Ya Allah Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan shalat, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, karuniakanlah rezeki kepada mereka. Mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."
Air mata Ibrahim
menitis saat mendo'akan keselamatan anak dan isterinya yang ia cintai. Hati
suami mana yang sanggup meninggalkan anak isteri dipadang pasir tandus yang
jaraknya 6 bulan perjalanan dari rumah mereka. Namun atas keyakinan kuat pada
Allah, perintah itu ia laksanakan. Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam pun
meninggalkan tempat itu dengan memasrahkan anak dan istrinya kepada Allah
Subhanahuwa-Taala.
Pemberian Terahsia
Kepada Bangsa Misteri
"Jika itu yang
Tuhan perintahkan kepada ayahanda, kami sanggup melaksanakannya. Semoga Tuhan
memberkati kita semua dengan rahmat dan kasih sayang-Nya"
Tersentak
lamunan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam tatkala seorang anaknya bersuara
demikian. Lega hati Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam mendengar kata-kata
anak-anaknya satu-persatu menyatakan persetujuan melaksanakan perintah Allah
Subhanahuwa-Taala. Maka Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam pun bangkit
dari tempat duduknya. Baginda kelihatan mengambil sesuatu. Anak-anaknya
berpandangan sesama sendiri. Apa yang ingin dilakukan oleh ayahanda mereka?
"Abraham left everything he owned to Isaac. But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east"
Nabi Allah Ibrahim
Alayhis Sallam pun memberikan sesuatu yang amat berharga kepada anak-anaknya.
Sesuatu yang menjadi rahsia kepada keturunan Keturah. Kunci-kunci rahsia.
Permata
Atau
Emas
Atau
pemberian pusaka yang diwarisi. Atau tanda menunjukkan mereka adalah keturunan
Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam, 'patriarch' bertaraf Rasul yang bergelar
Kekasih Allah. Rahsia yang dicari-cari, diburu dan didam-idamkan kawan dan
musuh.
INGATLAH Firman Allah Taala: "Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan). " (QS. an- Nahl: 120)
Maka mereka pun
bergerak ke arah Timur.
Merentasi padang pasir
dan kota-kota Akkadia-Babilon.
Di satu tempat mereka
pun berhenti dan merancang sesuatu. Perintah Tuhan yang diwasiatkan oleh
ayahanda mereka dibaca kembali satu persatu. Mereka pun berbincang.
Dan kelihatan mereka
berpecah kepada 2 kumpulan.
bersambung . . .
Epik Pengembaraan
Bangsa Misteri
- Perbatasan Parsi
hingga ke pergunungan Himalaya
- Bangsa MALA dan MADA
- MADAyu, saudara
kandung yang memerintah Tanah Parsi
- Empayar Median dan
Parsi Kuno
- Midian, Madyan,
bangsa Mada dan 'MADA-yu'
- Angra Mainyu, Spenta
Mainyu dan budaya Veda-Parsi Kuno
- Bangsa MALA dan
'MALA-yu'
- Ke manakah
saudaraku, Jukshan, Zimran dan lainnya?
- Mencari Shangri-la
bangsa misteri
- Kaum Sakya dari kaki
gunung Himalaya
- Para Rishi dan Tanah
Indus
- Tanah Besar China
dan tulisan pada cengkerang kura-kura
- Pulau Taiwan yang
damai
- Di negara Matahari
Terbit dan Keris dalam Kuil Okinawa
- Pesisir Afrika dan
lautan biru
- Ribut di lautan
Hindi
- Raja Mus dan
Palembang
- Khmer, Mon dan Campa
- Funan, Sailendra dan
Nam
-Bangsa Gunung
- Bangsa Gunung dan
Mahameru
- Borobudur dan Angkor
Wat
- Kambuja
- Tanah Siam dan
petunjuk ke 'Promised Land'
- Pintu Rahsia dan
Kunci Rahsia
- Jalan sempit ke
'Promised Land'
- Bumi MALA
- Tanah MALA-yu dan
Bumi MALA yang tenang-damai
- Pertemuan antara 2
beradik di Selat Melaka
-
Wangian yang Hilang di Timur JAUh
Remember: "Don't let yourself left behind by the Train"
MALAYu Far East @1WORLDCommunity Project: humanWANT 'Poverty Killer'
MALAYu Far East @1WORLDCommunity Project: humanWANT 'Poverty Killer'
Our Responsibility @GOLDMINE 1WORLD Community Should Render Back the trusts to those to Whom they Due: (@18 Group Of people) Poor People, Orphan, Single Mother, Single Father, Student, Low In Come, Jobless, Disable, Patient, Old Citizen, Prisoner, Bankruptcy, FARMER, Fishermen, RICH People, All RACES, All Country And All Government In theWhole WORLD.
WORLD for free! NewPrinciple: ASSETProperty "It's NOT For SALE, It's Not For Bought, It's FREE!: *Free House *Free Car * Free Education: College, University. *Free ELETRICAL GOODs: Air Con, PC Laptops, Home Theatre. *Free FURNITURE: Sofa Set, Bed Set, Sauna Bath, Kitchen Cabinet, Dining Table. *Free Vacation: Travelling Around the WORLD, Holiday, HAJ, UMRAH, NOW EveryONE CAN Fly, Hotels. *Free Life Insurance: (For Free!!! Hospital Fund, Funeral Fund, Death Fund, Pension Fund).