Firman Allah Taala: 'Katakanlah: Sesungguhnya
solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku adalah orang Islam yang awal (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)'. (QS6 Al An’aam:162-163)
Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku adalah orang Islam yang awal (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)'. (QS6 Al An’aam:162-163)
humanRightCommunitySharing
humanRightCommunitySharing
I’m
Telling YOU!!!
I’mTellingYOU
. . . Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
PETUNJUK (kompas) untuk seluruh UMAT Manusia!!!
I’mTellingYOU
. . . Adakah ALLAH Ta’ala dan NabiNya pilihan Anda !?
Nabi lagi Rasul PETUNJUK untuk seluruh UMAT
Manusia TERLUPA bahwa UMAT Di AkhirZAMAN UMATNYA Wajib perlu ada PARTI?, wajib
perlu ada LOGO yang berdaftar? dan wajib perlu MENGUNDI??? . . .
PESOALANNYA parti mana Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam?
PESOALANNYA LOGO (UN Bangsa-bangsa bersatu) berdaftar yang mana Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam?
PESOALANNYA MENGUNDI pihak mana Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam?
WakeUp!!! UMATi, UMATi, UMATi
Sesungguhnya Nabi lagi Rasul dan ISLAM bersih
dari sistem-sistem parti CIPTAAN SesatBARAT
(BuktiNYATA jelas sejelas-jelasnya asal-usul
parti ciptaan SesatBARAT Sistem Sekular CIPTAAN ZIONIS_UN) & jika anda cuba
ubah sistem ini gaya kita sendiri !
Anda akan jadi seperti Iraq (Saddan Hussin),
Anda akan jadi seperti Libya (Gadafi),
Anda akan jadi seperti Syria (dalam pelaksanaan
kehancurannya)
I’mTellingYOU
. . . Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga
adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung tanah Arab kepada 1TataNEGARA di
bawah pemerintahan ISLAM bukannya syubahat dengan sistem ZIONIS_UN Sistem
dAJJAL!!!
I’mTellingYOU
. . . Baginda lahir dari Keturunan Quraisy. Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah diputerakan di Makkah, pada hari
Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab,
adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.
Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur
galur dari Nabi Allah Ismail Alayhis Sallam, anak kepada Nabi Allah Ibrahim
Alayhis Sallam kira-kira dalam keturunan ke-40.
I’mTellingYOU
. . . Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran
baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira 6 tahun,
menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah,
baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:-wanita yang
menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di
pergunungan selama beberapa tahun.
Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat
tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan
dengan teruk dan dizalimi.
Oleh itu, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum
baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali
sebagai Yathrib) pada tahun 622 M.
Peristiwa penghijrahan Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim
Hijrah. Di Madinah, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyatukan semua
suku kaum dibawah Piagam Madinah.
Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah
selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta menakluknya.
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para
pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.
Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan,
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah jatuh sakit lalu wafat.
Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung
Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.
I’mTellingYOU
. . . (KELAHIRAN Beginda):
Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke
Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh
datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa
saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala
kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa
saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah
berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang
merosakkan dan penuh kekufuran.
I’mTellingYOU
. . . (Bagaimana MASA REMAJA Beginda):
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan
cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.
Baginda menyayangi orang-orang miskin, para
janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha
menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan
biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman
keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali dengan 4
sifatnya sebagai:
1) As Saadiq (ertinya yang benar).
2) Al Amin (ertinya yang amanah).
3) Tabligh (ertinya menyampaikan) dan
4) Fathonah( ertinya bijaksana)
Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah
kepada 2 pihak yang sering bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Baginda Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi
terdahulu yang dibawa oleh Nabi Allah Adam Alayhis Sallam, Nabi Allah Nuh
Alayhis Sallam, Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam,
Nabi Allah Musa Alayhis Sallam (Kitab Taurat),
Nabi Allah Daud Alayhis Sallam (Kitab Zabur),
Nabi Allah Isa Alayhis Sallam (Kitab Injil).
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga
pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan seorang saudagar dalam DUNIA
perniagaan serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana
baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun).
I’mTellingYOU
. . . (Bagaimana BERUMAHTANGGA Beginda):
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara
baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan)
yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima
bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda
mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan
luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan
watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini
baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia.
Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua
anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil.
Manakala anak perempuan baginda ialah:
Ruqayyah,
Zainab,
Ummu Kalsum dan
Fatimah az-Zahra.
Khadijah merupakan satu-satunya isterinya
sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda
adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda
bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
Ketika Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan
melalui malaikat Jibril Alaihis Sallam ketika sedang berada di Gua Hira.
3 tahun setelah kejadian itu, baginda mula
berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan
itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara
harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (ad-Din) yang
diterima Allah sahaja.
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menerima
beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan.
I’mTellingYOU
. . . (BAPA dan IBU SAUDARA Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam):
Al-Harith bin Abdul Muthalib,
Muqawwam bin Abdul Muthalib,
Zubair bin Abdul Muthalib,
Hamzah bin Abdul Muthalib,
Al-Abbas bin Abdul Muthalib,
Abu Thalib bin Abdul Muthalib,
Abu Lahab bin Abdul Muthalib,
Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib,
Hijl bin Abdul Muthalib,
Dzirar bin Abdul Muthalib,
Ghaidaq bin Abdul Muthalib,
Safiyah binti Abdul Muthalib,
'Atikah binti Abdul Muthalib,
Arwa binti Abdul Muthalib,
Umaimah binti Abdul Muthalib,
Barrah binti Abdul Muthalib,
Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib,
I’mTellingYOU
. . . (Bagaimana KERASULAN Nabi lagi RASUL):
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah
dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan
hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah,
yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk
mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya.
Di sinilah baginda sering berfikir dengan
mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian
berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang
bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril Alayhis Sallam mendatangi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam. Jibril Alayhis Sallam membangkitkannya dan
menyampaikan wahyu Allah di telinganya.
Baginda diminta membaca. Baginda menjawab,
"Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi 3 kali meminta Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama.
Akhirnya, Jibril Alayhis Sallam berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang
menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah,
yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca).
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu
itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.
Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan
yang diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dikumpulkan dalam buku
bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan
ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas.
Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan
ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang
terkenal, dengan nama Sunnah.
Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk
menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah
Ta’ala.
I’mTellingYOU . . . (Bagaimana MARHALAH Dakwah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam):
Perjuangan dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan
pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran
(fikrah) dan metod (thariqah) guna membentuk kerangka gerakan.
Ke-2: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap
berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam,
sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam hidupnya serta
berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Ke-3: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap
pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh,
lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru DUNIA.
I’mTellingYOU
. . . (Bagaimana THALABUN Nusrah):
Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang
dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam
marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan
olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
Pertama, untuk mendapatkan perlindungan
(himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan
terlindung.
Ke-2, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam
rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum
berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah Subhanahuwa Ta’ala dalam kehidupan
bernegara dan bermasyarakat.
I’mTellingYOU
. . . (Bagaimana CABARAN-Cabaran Beginda):
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya.
Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan
masyarakat bawahan. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan
mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai
yang mengikutnya.
Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai
cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan
mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek
mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila
sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam.
Antara mereka ialah Abu Bakar Radhiyallahu Anhu, Uthman bin Affan Radhiyallahu
Anhu, Zubair bin Al Awwam Radhiyallahu Anhu, Abdul Rahman bin Auf Radhiyallahu
Anhu, Ubaidillah bin Harith Radhiyallahu Anhu, Amr bin Nufail Radhiyallahu Anhu
dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di
Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan.
Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda
meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke
negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka
diserah kepada penguasa di Makkah.
I’mTellingYOU
. . . (Bagaimana HIJRAH Beginda):
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh
Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan
umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat
jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah.
Mereka datang dari berbagai daerah Arab,
mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai
sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan
tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk
menyebarkan Islam.
Antara mereka yang tertarik dengan seruan
baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan
beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara
sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam,
Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam
dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul
Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu.
Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke
Yathrib.
Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai
saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat
Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk
memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah
di bandar mereka. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akhirnya bersetuju untuk
berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang
meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun
kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah
Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk
mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir 2 bulan seluruh masyarakat Islam dari
Makkah kecuali Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Abu Bakar Radhiyallahu
Anhu, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah
kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak
berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib (hari ini
Madinah), yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
I’mTellingYOU
. . . (Bagaimana MADINAH):
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah
pimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Umat Islam bebas mengerjakan
solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya
melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis
dengan mudah oleh umat Islam.
Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan
memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli
oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini
menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah
memandangkan perjanjian telah dicabuli.
I’mTellingYOU
. . . (Bagaimana PEMBUKAAN Kota Makkah):
Pada tahun ke-8 selepas penghijrahan ke Madinah
berlaku, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berlepas ke Makkah. Tentera
Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat.
Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk
Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala
dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
I’mTellingYOU
. . . (Bagaimana MENELADANI Perbuatan Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam):
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam dibagi menjadi 2 macam. Ada yang termasuk
perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara
fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah.
Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri,
duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status
perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak
termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan
jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dimana tidak seorang pun diperkenankan
mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang
diperuntukkan khusus bagi beliau.
Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus
bagi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, seperti dibolehkannya beliau
melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah
dengan lebih dari 4 wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka
dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan
tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak
Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam
perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita
kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu
merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti
sabda beliau:
“Solatlah kalian sebagaimana kalian
melihat aku solat”
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan
manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau
merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa
qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan,
seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas Firman Allah Ta’ala:
"Maka potonglah tangan keduanya."
(Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, baik berupa ucapan maupun indikasi yang
menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan,
apakah itu wajib, haram, mandub (sunat) atau mubah (harus) sesuai dengan arah
penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak
terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan
penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu
diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan
diri kepada Allah) atau tidak.
Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk
bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub (sunat), di mana
seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan
balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak
terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut
termasuk mubah (harus).
I’mTellingYOU
. . . (PESANAN terAkhir Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam (yakni Isi Khutbah terAkhir Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam):
Khutbah terAkhir . . .
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang
terAkhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit
Arafah, baginda menyampaikan Khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di
antara isi dari Khutbah terAkhir Rasulullah i Sallallahu Alaihi Wasallam tu
ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa
yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti
kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir
disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap
bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang
Muslim sebagai Amanah Suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain
tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan
kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan Riba (yakni penindasan
dan kezaliman), oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai
sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya
dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai
hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan
dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali
tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat 5 waktu,
berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim
adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama: Tidak seorang
pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"INGATLAH, bahawa kamu akan menghadap Allah
pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu
kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau
Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al ‘Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang
yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang
terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada
hamba-hamba-Mu."
Takaza AGAMA 'AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR
(SURUH Yang BAIK, CEGAH Yang MUNKAR) . . .
Msg by IbraniKing hAMDEn bOLLy
Saidatina 'Aishah RadhiAllahu Anha berkata: 'Ada
sekali Rasulullah SallaAllahu Alayhi was Sallam masuk ke rumah, dan saya agak
dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda SallaAllahu
Alayhi was Sallam tidak bercakap kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu
beliau masuk ke mesjid.
Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang
beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar, dan setelah memuji Allah
Subhanahuwa Ta’ala beliau berkhutbah:
'Hai manusia, Allah telah memerintah kamu supaya
menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat.
Jika tidak, akan tiba satu masa manakala kamu
berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengar doa mu.
Kamu memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia
tidak akan memberinya.
Kamu memohon akan bantuanNya terhadap
musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu'. (H.R. Ibnu Majah
dan Ibnu Hibban)
TAKAZA AGAMA ‘Kejayaan hanya dalam AGAMA’
Mereka menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh
yakni Dakwah, Taklim wa Ta’allum, dan Tazkiyyah. Sesuai ayat:
Firman Allah Ta'ala: 'Ya
Tuhan kami, utuslah seorang Rasul ditengah-tengah mereka yang berasal dari diri
mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan ayat-ayat Engkau (DAKWAH),
mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH (Taklim wa Ta’allum) dan
Tazkiyyah (Dzikir Ibadah dan Khidmat), Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha
Bijaksana (Al 'Baqarah: 129)
Doa di atas adalah doa Nabi Allah Ibrahim
Alaihis Sallam ketika selesai membangun Ka’bah sehingga
mereka katakan: Inilah amalan masjid yang diinginkan Ibrahim Alaihis Sallam.
Mereka membagi waktu khuruj dengan tertib
sebagai berikut,
4 Jam untuk Dakwah, yang terdiri dari:
1. Jaulah Umumi, yakni jumpa
seluruh orang kampung
2. Jaulah Khususi, yakni jumpa
orang (perOrang) sebagaimana kedudukan orang yang didatangi, misalnya: ulama
atau umara.
3. Jaulah Taklimi, yakni mereka
berkeliling untuk ajak orang kampung duduk di majlis taklim fadhilah amal yang
mereka buat.
4. Jaulah Tasykili, yakni mereka
datang ke tempat orang yang ada simpati setelah mendengar bayan-bayan
(penjelasan) mereka.
5. Jaulah Ushuli, yakni mereka
datang kepada orang yang niat keluar bersamaan dengan kepindahan mereka ke
kampung lain.
4 Jam Gunakan untuk Taklim,
yang terdiri dari:
1. Taklim Kitabi
2. Taklim Halaqah Al Quran
3. Taklim 6 Sifat
4. Mudzakarah Adab-Adab Sunnah Sehari-hari
5. Taklim Infiradi, yakni membaca buku yang
mereka bawa di luar amalan ijtima’i
4 Jam Gunakan untuk Dzikir Ibadah,
yang terdiri
dari:
1. Sholat berjamaah
2. Sholat-sholat sunnah
3. Dzikir Pagi Petang
4. Sholat Tahajud dan Doa Hidayah dimalam hari
5. Tilawah Al Quran
6. Doa-doa masnunah
4 Jam Gunakan untuk Khidmat,
yang terdiri dari:
1. Khidmat kepada Amir
2. Khidmat kepada Jemaah
3. Khidmat kepada orang kampung
4. Khidmat kepada diri sendiri
Semuanya menyita waktu 16 Jam. Sedangkan sisanya
digunakan 6 jam untuk tidur dan 2 jam untuk keperluan pribadi lainnya.
Apabila mereka keluar ikut tertib dengan iktu
kepada amalan ijtima’I secara full, maka biasanya dengan izin Allah mereka
mendapat Ishlah setelah pulang. Boleh jaga shalat berjamaah dan muamalah dan
mu’asyarahnya menjadi lebih baik.
Kegagalan orang keluar di jalan Allah disebabkan
mereka tidak ikut tertib sehingga tak ada Ishlah dan setelah itu sulit
diperbaiki lagi dan jadi HIJAB bagi manusia lain untuk dapat Hidayah.
3 Perkara yang menyebabkan seorang
sukses keluar
di jalan Allah:
1. Keluar dengan mentaati Amir
2. Keluar dengan tertib di dalam Ijtimaiyyat
3. Keluar semata karena Allah Allah Subhanahuwa
Ta’ala.
Apabila orang keluar dengan 3 hal tersebut maka
Allah akan beri kepada mereka 2 perkara:
1. Dicabut sifat binatang dari diri mereka
2. Doa mereka akan dikabulkan sebagaimana doa
Nabi-Nabi.
Telah banyak bukti perubahan yang terjadi pada
orang yang keluar di jalan Allah, mereka yang sebelumnya orang yang rusak
agamanya atau sampah masyarakat. Samseng, Corruptor, Penagih, Artist, Pejabat,
Anak Menteri, Polis, Tentara, dsb yang sebelumnya jauh dari agama, mereka kini
menjadi Pendakwah, bukan hanya diri mereka baik tapi mereka juga fikir orang
lain untuk menjadi baik.
Sehingga ketika Amir mereka Syaikh Maulana
Muhammad Yusuf Al Kandahlawi Rahmatullahi 'Alaih dikritik orang katanya Jemaah
Tabligh hanya Amar Makruf saja tak ada Nahi mungkar. Maka Beliau katakan: Hadits
yang menyebutkan: “Jika kamu lihat kemungkaran maka ‘Fal Yughayyir’
yakni rubahlah bukan hancurkanlah maka lihatlah oleh kalian !! Perubahan hidup
mereka dari maksiat kepada taat.
6 SIFAT
Yang menarik dari 6 Sifat Jemaah Tabligh
merupakan ciri kas mereka yang tidak dimiliki oleh Harokah lain. Bahkan 6 Sifat
seperti kode untuk membedakan mereka dengan yang lain. Untuk masuk Negara
Israel misalnya kebanyakan gerakan Islam tidak boleh tetapi Jemaah Tabligh tak
boleh dibendung kehadirannya di Israel karena mereka gunakan Jemaah yang
berasal dari negeri yang ada hubungan Diplomatik dengan Israel yakni Singapura,
Australia, dsb.
Untuk bedakan Jemaah Tabligh atau bukan maka
orang Israel uji mereka di Bandara dan Perbatasan dengan 6 POINT/6 SIFAT.
Yang menakjubkan banyak ahli Jemaah mereka yang
orang-orang Arab, Jordan, Yaman yang sebelumnya menganut WAHABI yakni yang tak
mau menerima sesuatu yang tidak ada tuntunan dari Al ‘Quran dan As ‘Sunnah,
ketika salah seorang ditanya kenapa terima 6 Sifat??? Mereka katakan bahwa 6
Sifat ada dalam Surat Thaha yakni pesan Allah Allah Subhanahuwa Ta’ala kepada
Nabi Allah Musa Alaihis Sallam sebelum dakwah kepada Fir’aun, Samiri, Hamman,
Baslam, Qorun.
1. Sesungguhnya Aku Allah tiada Tuhan selain Aku
maka sembahlah Aku
2. Dirikan Sholat untuk iangat Aku
3. Pergilah kamu dan saudaramu (Harun Alaihis
Sallam) dengan ayat-ayat Ku dan jangan lupa untuk ingat Aku.
4. Berkatalah kepada Firaun dengan lemah lembut
5. Aku pilih engkau untuk diri Ku
6. Pergilah kamu kepada Firaun karena dia telah
melampaui batas
6 SIFAT
1. Yakin terhadap hakikat kalimah La ilaha illa
Allah
2. Shalat Khusyu’ wal Khudu’
3. Ilmu ma’a Dzikir
4. Ikramul Muslimin (Akhlaq terhadap orang Islam
dan Adil terhadap orang Kafir seperti ucapan lemah lembut kepada Firaun)
5. Tashhiihunniyah (Amal Semata karena Allah)
6. Dakwah dan Tabligh
Lihatlah tuan-tuan point 6 sifat di atas adakah
yang ikhtilaf dengan Al ‘Quran dan Hadits.
JEMAAH TABLIGH SELESAIKAN MASALAH UMMAT DENGAN
AMALAN MASJID
Dari Surat Al Baqarah 129 terlihat doa Nabi Ibrahim
di Ka’bah/di masjid memohon amal Nabi yakni: Dakwah, Taklim, dan Tazkiyyah. Hal
ini untuk menghilangkan panyakit asal manusia yakni:
1. Takut kepada selain Allah karena ketika
manusia hadir di dunia langsung berhubungan dengan kekuatan makhluk, sedangkan
Allah menyempurnakan diri untuk uiji hambaNya.
2. Hidup dengan cara kebiasaan sendiri, karena
untuk atasi keadaan hidup yang keras mereka usaha bagaimana boleh bertahan
sehingga ketika berhasil maka diyakini sebagai cara hidup yang baik (adat).
3. Memakai hukum selain yang diturunkan Allah
Allah Subhanahuwa Ta’ala, karena berhasil mengatasi persoalan hidup, maka
dibuatlah menjadi suatu undang-undang.
Amalan Nabi lagi RASUL berfungsi untuk:
1. DAKWAH untuk memasukkan Iman
Yakin kepada manusia sehingga keluar kebesaran makhluk dan masuk kebesaran
Allah Allah Subhanahuwa Ta’ala.
2. TAKLIM untuk mengenalkan
cara hidup anbiyasehingga merubah cara hidup adat menjadi cara hidup secara
Sunnah.
3. TAZKIYAH mensucikan
kehidupan manusia dari dosa ketika jumpa dengan Allah. Di zaman Nabi penzina,
pencuri, pemabuk datang kepada hukum Islam untuk minta disucikan. Sehingga
hukum tegak bukan cari pelaku maksiat tetapi orang datang kepada hukum untuk
tazkiyah.
Syaikh Ilyas Rahmatullahi 'Alaih katakan amalan
masjid/amalan Nabi yakni:
1. Dakwah
2. Taklim wa Ta’allum
3. Dzikir Ibadah
4. Khidmat
4 Penyakit yang menjangkiti Umat:
1. Hubbuddunya (Cinta Dunia)
2. Bodoh dalam agama (Tidak tahu hukum)
3. Maksiat kepada Allah Ijtima’i (bersama-sama)
4. Senang berpecah belah.
Cara Pengobatannya:
1. Jadikan dakwah sebagai maksud hidup umat
2. Taklim wa Ta’allum
3. Dzikir Ibadah (Sholat mencegah Fahsya dan
Mungkar)
4. Khidmat kepada orang Islam
PROGRAM JAULAH (Keliling Jumpa Umat/Door to
Door)
Jaulah adalah tulang punggung Dakwah,karena
semua anbiya’ mengadakan jaulah yakni keliling jumpa manusia. Jaulah merupakan
kumpulan usaha/amal Nabi yang dikerjakan dalam waktu bersamaan, yakni:
Dakwah,
Taklim,
Dzikir Ibadah, dan
Khidmat.
Jaulah dibagi menjadi 2 bagian
yakni: Di luar
dan di dalam
Di dalam masjid hidupkan amalan: Taklim dengan
cara taqrir (menulang-ulang pentingnya amal agama dan kerja agama), Dzikir
dikerjakan oleh seorang atau lebih mudzakir, dan khidmat dikerjakan oleh
seorang atau lebih istiqbal.
Bagian yang di luar: Dalam surat YaaSin
diceritakan tentang jaulah Habb Annajar dimana beliau disyahidkan saat buat
jaulah.
Tatkala Kami utus 2 orang (Mutakallim dan Amir)
QS YaaSin: 14
Maka Kami kuatkan dengan yang ketiga (makmur) QS
YaaSin: 14
Dan datanglah seseorang dari pinggiran kota
dengan tergesa-gesa (Dalil) QS YaaSin: 20
Dengan dalil yang kuat serta adab-adab yang
tinggi maka jaulah merupakan asbab hidayah bagi manusia, banyak orang yang
terkesan dengan cara jaulah ini. Mereka datangi para pemabuk, rumah orang kaya,
orang miskin, orang sakit, orang lapar, dll tak kesan dengan keadaan mad’u nya.
Adakah cara dakwah yang lebih haq, lebih hebat
dari ini. Suatu cara dakwah yang sudah teruji di Al ‘Quran menghantarkan Habib
Annajar menjadi Mukromin.
Bukan dakwah uji coba !!!
Bukan Dakwah Inovasi !!!
Tapi Dakwah cara NABI.
Remember: "Don't let yourself left behind by the Train"