Tuesday, 29 March 2016

I’m Telling YOU!!!


Firman Allah Taala: 'Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 

Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku adalah orang Islam yang awal (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)'. (QS6 Al An’aam:162-163)



I’m Telling YOU!!!


I’mTellingYOU . . . Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam PETUNJUK (kompas) untuk seluruh UMAT Manusia!!!

I’mTellingYOU . . . Adakah ALLAH Ta’ala dan NabiNya pilihan Anda !?

Nabi lagi Rasul PETUNJUK untuk seluruh UMAT Manusia TERLUPA bahwa UMAT Di AkhirZAMAN UMATNYA Wajib perlu ada PARTI?, wajib perlu ada LOGO yang berdaftar? dan wajib perlu MENGUNDI??? . . .

PESOALANNYA parti mana Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam?

PESOALANNYA LOGO (UN Bangsa-bangsa bersatu) berdaftar yang mana Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam?

PESOALANNYA MENGUNDI pihak mana Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam?

WakeUp!!! UMATi, UMATi, UMATi

Sesungguhnya Nabi lagi Rasul dan ISLAM bersih dari sistem-sistem parti CIPTAAN SesatBARAT

(BuktiNYATA jelas sejelas-jelasnya asal-usul parti ciptaan SesatBARAT Sistem Sekular CIPTAAN ZIONIS_UN) & jika anda cuba ubah sistem ini gaya kita sendiri !

Anda akan jadi seperti Iraq (Saddan Hussin),

Anda akan jadi seperti Libya (Gadafi),

Anda akan jadi seperti Syria (dalam pelaksanaan kehancurannya)

I’mTellingYOU . . . Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung tanah Arab kepada 1TataNEGARA di bawah pemerintahan ISLAM bukannya syubahat dengan sistem ZIONIS_UN Sistem dAJJAL!!!

I’mTellingYOU . . . Baginda lahir dari Keturunan Quraisy. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Allah Ismail Alayhis Sallam, anak kepada Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam kira-kira dalam keturunan ke-40.

I’mTellingYOU . . . Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira 6 tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.

Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan dizalimi.

Oleh itu, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M.

Peristiwa penghijrahan Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah.

Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta menakluknya.

Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.  Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah jatuh sakit lalu wafat.

Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.

I’mTellingYOU . . . (KELAHIRAN Beginda):

Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

I’mTellingYOU . . . (Bagaimana MASA REMAJA Beginda):

Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.

Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali dengan 4 sifatnya sebagai:

1) As Saadiq (ertinya yang benar).

2) Al Amin (ertinya yang amanah).

3) Tabligh (ertinya menyampaikan) dan

4) Fathonah( ertinya bijaksana)

Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada 2 pihak yang sering bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Baginda Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Allah Adam Alayhis Sallam, Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam, Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam,

Nabi Allah Musa Alayhis Sallam (Kitab Taurat),

Nabi Allah Daud Alayhis Sallam (Kitab Zabur),

Nabi Allah Isa Alayhis Sallam (Kitab Injil).

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan seorang saudagar dalam DUNIA perniagaan serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun).

I’mTellingYOU . . . (Bagaimana BERUMAHTANGGA Beginda):

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil.

Manakala anak perempuan baginda ialah:

Ruqayyah,

Zainab,

Ummu Kalsum dan

Fatimah az-Zahra.

Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.

Ketika Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril Alaihis Sallam ketika sedang berada di Gua Hira.

3 tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (ad-Din) yang diterima Allah sahaja.

Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan.

I’mTellingYOU . . . (BAPA dan IBU SAUDARA Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam):

Al-Harith bin Abdul Muthalib,

Muqawwam bin Abdul Muthalib,

Zubair bin Abdul Muthalib,

Hamzah bin Abdul Muthalib,

Al-Abbas bin Abdul Muthalib,

Abu Thalib bin Abdul Muthalib,

Abu Lahab bin Abdul Muthalib,

Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib,

Hijl bin Abdul Muthalib,

Dzirar bin Abdul Muthalib,

Ghaidaq bin Abdul Muthalib,

Safiyah binti Abdul Muthalib,

'Atikah binti Abdul Muthalib,

Arwa binti Abdul Muthalib,

Umaimah binti Abdul Muthalib,

Barrah binti Abdul Muthalib,

Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib,

I’mTellingYOU . . . (Bagaimana KERASULAN Nabi lagi RASUL):

Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya.

Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril Alayhis Sallam mendatangi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Jibril Alayhis Sallam membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya.

Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi 3 kali meminta Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril Alayhis Sallam berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. 

Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca).

Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.

Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas.

Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah.

Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah Ta’ala.

I’mTellingYOU . . . (Bagaimana MARHALAH Dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam):

Perjuangan dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) guna membentuk kerangka gerakan.

Ke-2: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ke-3: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru DUNIA.

I’mTellingYOU . . .  (Bagaimana THALABUN Nusrah):

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-

Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.

Ke-2, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah Subhanahuwa Ta’ala dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

I’mTellingYOU . . . (Bagaimana CABARAN-Cabaran Beginda):

Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya.

Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar Radhiyallahu Anhu, Uthman bin Affan Radhiyallahu Anhu, Zubair bin Al Awwam Radhiyallahu Anhu, Abdul Rahman bin Auf Radhiyallahu Anhu, Ubaidillah bin Harith Radhiyallahu Anhu, Amr bin Nufail Radhiyallahu Anhu dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

I’mTellingYOU . . . (Bagaimana HIJRAH Beginda):

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah.

Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam.

Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib.

Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir 2 bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Abu Bakar Radhiyallahu Anhu, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib (hari ini Madinah), yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

I’mTellingYOU . . . (Bagaimana MADINAH):

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam.

Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

I’mTellingYOU . . . (Bagaimana PEMBUKAAN Kota Makkah):

Pada tahun ke-8 selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat.

Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

I’mTellingYOU . . . (Bagaimana MENELADANI Perbuatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam):

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dibagi menjadi 2 macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah.

Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau.

Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari 4 wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

 “Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas Firman Allah Ta’ala:

"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub (sunat) atau mubah (harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak.

Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub (sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah (harus).

I’mTellingYOU . . . (PESANAN terAkhir Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (yakni Isi Khutbah terAkhir Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam):  

Khutbah terAkhir . . .

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terAkhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan Khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari Khutbah terAkhir Rasulullah i Sallallahu Alaihi Wasallam tu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai Amanah Suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan Riba (yakni penindasan dan kezaliman), oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat 5 waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama: Tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"INGATLAH, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al ‘Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Takaza AGAMA 'AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR (SURUH Yang BAIK, CEGAH Yang MUNKAR) . . .
Msg by IbraniKing hAMDEn bOLLy

Saidatina 'Aishah RadhiAllahu Anha berkata: 'Ada sekali Rasulullah SallaAllahu Alayhi was Sallam masuk ke rumah, dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda SallaAllahu Alayhi was Sallam tidak bercakap kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid.

Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar, dan setelah memuji Allah Subhanahuwa Ta’ala beliau berkhutbah:

'Hai manusia, Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat.

Jika tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengar doa mu.

Kamu memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya.

Kamu memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu'. (H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

TAKAZA AGAMA ‘Kejayaan hanya dalam AGAMA’  

Mereka menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh yakni Dakwah, Taklim wa Ta’allum, dan Tazkiyyah. Sesuai ayat:


Firman Allah Ta'ala: 'Ya Tuhan kami, utuslah seorang Rasul ditengah-tengah mereka yang berasal dari diri mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan ayat-ayat Engkau (DAKWAH), mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH (Taklim wa Ta’allum) dan Tazkiyyah (Dzikir Ibadah dan Khidmat), Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana (Al 'Baqarah: 129)

Doa di atas adalah doa Nabi Allah Ibrahim Alaihis Sallam ketika selesai membangun Ka’bah sehingga mereka katakan: Inilah amalan masjid yang diinginkan Ibrahim Alaihis Sallam.

Mereka membagi waktu khuruj dengan tertib sebagai berikut,

4 Jam untuk Dakwah, yang terdiri dari:

1. Jaulah Umumi, yakni jumpa seluruh orang kampung

2. Jaulah Khususi, yakni jumpa orang (perOrang) sebagaimana kedudukan orang yang didatangi, misalnya: ulama atau umara.

3. Jaulah Taklimi, yakni mereka berkeliling untuk ajak orang kampung duduk di majlis taklim fadhilah amal yang mereka buat.

4. Jaulah Tasykili, yakni mereka datang ke tempat orang yang ada simpati setelah mendengar bayan-bayan (penjelasan) mereka.

5. Jaulah Ushuli, yakni mereka datang kepada orang yang niat keluar bersamaan dengan kepindahan mereka ke kampung lain.

4 Jam Gunakan untuk Taklim, 
yang terdiri dari:

1. Taklim Kitabi

2. Taklim Halaqah Al Quran

3. Taklim 6 Sifat

4. Mudzakarah Adab-Adab Sunnah Sehari-hari

5. Taklim Infiradi, yakni membaca buku yang mereka bawa di luar amalan ijtima’i

4 Jam Gunakan untuk Dzikir Ibadah, 
yang terdiri dari:

1. Sholat berjamaah

2. Sholat-sholat sunnah

3. Dzikir Pagi Petang

4. Sholat Tahajud dan Doa Hidayah dimalam hari

5. Tilawah Al Quran

6. Doa-doa masnunah

4 Jam Gunakan untuk Khidmat, 
yang terdiri dari:

1. Khidmat kepada Amir

2. Khidmat kepada Jemaah

3. Khidmat kepada orang kampung

4. Khidmat kepada diri sendiri

Semuanya menyita waktu 16 Jam. Sedangkan sisanya digunakan 6 jam untuk tidur dan 2 jam untuk keperluan pribadi lainnya.

Apabila mereka keluar ikut tertib dengan iktu kepada amalan ijtima’I secara full, maka biasanya dengan izin Allah mereka mendapat Ishlah setelah pulang. Boleh jaga shalat berjamaah dan muamalah dan mu’asyarahnya menjadi lebih baik.

Kegagalan orang keluar di jalan Allah disebabkan mereka tidak ikut tertib sehingga tak ada Ishlah dan setelah itu sulit diperbaiki lagi dan jadi HIJAB bagi manusia lain untuk dapat Hidayah.

3 Perkara yang menyebabkan seorang 
sukses keluar di jalan Allah:

1. Keluar dengan mentaati Amir

2. Keluar dengan tertib di dalam Ijtimaiyyat

3. Keluar semata karena Allah Allah Subhanahuwa Ta’ala.

Apabila orang keluar dengan 3 hal tersebut maka Allah akan beri kepada mereka 2 perkara:

1. Dicabut sifat binatang dari diri mereka

2. Doa mereka akan dikabulkan sebagaimana doa Nabi-Nabi.

Telah banyak bukti perubahan yang terjadi pada orang yang keluar di jalan Allah, mereka yang sebelumnya orang yang rusak agamanya atau sampah masyarakat. Samseng, Corruptor, Penagih, Artist, Pejabat, Anak Menteri, Polis, Tentara, dsb yang sebelumnya jauh dari agama, mereka kini menjadi Pendakwah, bukan hanya diri mereka baik tapi mereka juga fikir orang lain untuk menjadi baik.

Sehingga ketika Amir mereka Syaikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi Rahmatullahi 'Alaih dikritik orang katanya Jemaah Tabligh hanya Amar Makruf saja tak ada Nahi mungkar. Maka Beliau katakan: Hadits yang menyebutkan: “Jika kamu lihat kemungkaran maka ‘Fal Yughayyir’ yakni rubahlah bukan hancurkanlah maka lihatlah oleh kalian !! Perubahan hidup mereka dari maksiat kepada taat.

6 SIFAT

Yang menarik dari 6 Sifat Jemaah Tabligh merupakan ciri kas mereka yang tidak dimiliki oleh Harokah lain. Bahkan 6 Sifat seperti kode untuk membedakan mereka dengan yang lain. Untuk masuk Negara Israel misalnya kebanyakan gerakan Islam tidak boleh tetapi Jemaah Tabligh tak boleh dibendung kehadirannya di Israel karena mereka gunakan Jemaah yang berasal dari negeri yang ada hubungan Diplomatik dengan Israel yakni Singapura, Australia, dsb.

Untuk bedakan Jemaah Tabligh atau bukan maka orang Israel uji mereka di Bandara dan Perbatasan dengan 6 POINT/6 SIFAT.

Yang menakjubkan banyak ahli Jemaah mereka yang orang-orang Arab, Jordan, Yaman yang sebelumnya menganut WAHABI yakni yang tak mau menerima sesuatu yang tidak ada tuntunan dari Al ‘Quran dan As ‘Sunnah, ketika salah seorang ditanya kenapa terima 6 Sifat??? Mereka katakan bahwa 6 Sifat ada dalam Surat Thaha yakni pesan Allah Allah Subhanahuwa Ta’ala kepada Nabi Allah Musa Alaihis Sallam sebelum dakwah kepada Fir’aun, Samiri, Hamman, Baslam, Qorun.

1. Sesungguhnya Aku Allah tiada Tuhan selain Aku maka sembahlah Aku

2. Dirikan Sholat untuk iangat Aku

3. Pergilah kamu dan saudaramu (Harun Alaihis Sallam) dengan ayat-ayat Ku dan jangan lupa untuk ingat Aku.

4. Berkatalah kepada Firaun dengan lemah lembut

5. Aku pilih engkau untuk diri Ku

6. Pergilah kamu kepada Firaun karena dia telah melampaui batas

6 SIFAT

1. Yakin terhadap hakikat kalimah La ilaha illa Allah

2. Shalat Khusyu’ wal Khudu’

3. Ilmu ma’a Dzikir

4. Ikramul Muslimin (Akhlaq terhadap orang Islam dan Adil terhadap orang Kafir seperti ucapan lemah lembut kepada Firaun)

5. Tashhiihunniyah (Amal Semata karena Allah)

6. Dakwah dan Tabligh

Lihatlah tuan-tuan point 6 sifat di atas adakah yang ikhtilaf dengan Al ‘Quran dan Hadits.

JEMAAH TABLIGH SELESAIKAN MASALAH UMMAT DENGAN AMALAN MASJID

Dari Surat Al Baqarah 129 terlihat doa Nabi Ibrahim di Ka’bah/di masjid memohon amal Nabi yakni: Dakwah, Taklim, dan Tazkiyyah. Hal ini untuk menghilangkan panyakit asal manusia yakni:

1. Takut kepada selain Allah karena ketika manusia hadir di dunia langsung berhubungan dengan kekuatan makhluk, sedangkan Allah menyempurnakan diri untuk uiji hambaNya.

2. Hidup dengan cara kebiasaan sendiri, karena untuk atasi keadaan hidup yang keras mereka usaha bagaimana boleh bertahan sehingga ketika berhasil maka diyakini sebagai cara hidup yang baik (adat).

3. Memakai hukum selain yang diturunkan Allah Allah Subhanahuwa Ta’ala, karena berhasil mengatasi persoalan hidup, maka dibuatlah menjadi suatu undang-undang.

Amalan Nabi lagi RASUL berfungsi untuk:

1. DAKWAH untuk memasukkan Iman Yakin kepada manusia sehingga keluar kebesaran makhluk dan masuk kebesaran Allah Allah Subhanahuwa Ta’ala.

2. TAKLIM untuk mengenalkan cara hidup anbiyasehingga merubah cara hidup adat menjadi cara hidup secara Sunnah.

3. TAZKIYAH mensucikan kehidupan manusia dari dosa ketika jumpa dengan Allah. Di zaman Nabi penzina, pencuri, pemabuk datang kepada hukum Islam untuk minta disucikan. Sehingga hukum tegak bukan cari pelaku maksiat tetapi orang datang kepada hukum untuk tazkiyah.

Syaikh Ilyas Rahmatullahi 'Alaih katakan amalan masjid/amalan Nabi yakni:

1. Dakwah

2. Taklim wa Ta’allum

3. Dzikir Ibadah

4. Khidmat

4 Penyakit yang menjangkiti Umat:

1. Hubbuddunya (Cinta Dunia)

2. Bodoh dalam agama (Tidak tahu hukum)

3. Maksiat kepada Allah Ijtima’i (bersama-sama)

4. Senang berpecah belah.

Cara Pengobatannya:

1. Jadikan dakwah sebagai maksud hidup umat

2. Taklim wa Ta’allum

3. Dzikir Ibadah (Sholat mencegah Fahsya dan Mungkar)

4. Khidmat kepada orang Islam

PROGRAM JAULAH (Keliling Jumpa Umat/Door to Door)

Jaulah adalah tulang punggung Dakwah,karena semua anbiya’ mengadakan jaulah yakni keliling jumpa manusia. Jaulah merupakan kumpulan usaha/amal Nabi yang dikerjakan dalam waktu bersamaan, yakni:

Dakwah,

Taklim,

Dzikir Ibadah, dan

Khidmat.

Jaulah dibagi menjadi 2 bagian 
yakni: Di luar dan di dalam

Di dalam masjid hidupkan amalan: Taklim dengan cara taqrir (menulang-ulang pentingnya amal agama dan kerja agama), Dzikir dikerjakan oleh seorang atau lebih mudzakir, dan khidmat dikerjakan oleh seorang atau lebih istiqbal.

Bagian yang di luar: Dalam surat YaaSin diceritakan tentang jaulah Habb Annajar dimana beliau disyahidkan saat buat jaulah.

Tatkala Kami utus 2 orang (Mutakallim dan Amir) QS YaaSin: 14

Maka Kami kuatkan dengan yang ketiga (makmur) QS YaaSin: 14

Dan datanglah seseorang dari pinggiran kota dengan tergesa-gesa (Dalil) QS YaaSin: 20

Dengan dalil yang kuat serta adab-adab yang tinggi maka jaulah merupakan asbab hidayah bagi manusia, banyak orang yang terkesan dengan cara jaulah ini. Mereka datangi para pemabuk, rumah orang kaya, orang miskin, orang sakit, orang lapar, dll tak kesan dengan keadaan mad’u nya.

Adakah cara dakwah yang lebih haq, lebih hebat dari ini. Suatu cara dakwah yang sudah teruji di Al ‘Quran menghantarkan Habib Annajar menjadi Mukromin.

Bukan dakwah uji coba !!!

Bukan Dakwah Inovasi !!!

Tapi Dakwah cara NABI.

Remember: "Don't let yourself left behind by the Train"